Pages

Thursday, June 24, 2010

Jualan Amal Bermula

Bag Cap Gucci
Authentic : No lah but bought it from China during my trip last year.
Condition: Ok, tak pakai selalu pun. Most of the time tergantung je.
Harga Jualan Amal : RM40.00

 


Bag Cap Guess lagi.
Authentic: 100%.
Bag from denim material. Medium size bag but roomy enuff for all your stuff.
Harga Jualan Amal : RM50 je.


Bag Cap LV
Authentic : No lah. A very practical sling bag.
Harga Jualan Amal : RM30 je.


Bag Cap Etienne Aigner
Authentic : 100%
Harga Jualan Amal : RM200.00

Bag Cap Esprit
Authentic : 100%. Bag yang sangat besar and banyak inner compartment/pockets.
Harga Jualan Amal : RM50 jer.

Bag Cap Coach
Authentic : 100%. Bag ni sangat classic and design yang sgt unik. Memang sayang bag ni and tersangatlah jarang di pakai. Care card, dust bag pun ada lagi. Kotak pun kalau tak silap ada lagi.
Harga Jualan Amal : Email me for price :)


Wednesday, June 9, 2010

Nine West Mustard Clutch

My Preloved Nine West Mustard Cluth Bag.
Selling Price : RM40.00
Condition : Used twice only. As new except for kesan lipatan coz this bag can be folded as well.
STATUS : SOLD TO RITA

Tuesday, June 8, 2010

Syampu Tudung Aqura

Memperkenalkan Syampu Tudung Aqura Pertama di Malaysia

Hargailah rambut anda…

Kuasa Karbon Aqura Syampu Tudung ini dirumus khas dengan Cecair Karbon sebagai salah satu bahan aktifnya. Aqura merupakan jawapan untuk pelbagai cabaran yang dihadapi apabila rambut tertutup selama 8 jam atau lebih dalam sehari. Cabaran pertama merupakan kegatalan yang berulang. Keadaan ini mungkin mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Karbon, satu bahan yang sudah sekian lama terbukti kebolehannya, termasuk untuk menghapuskan bau. Cecair karbon, sejenis asid pyroligenous, mengandungi lebih dari 200 jenis komponen, termasuk asid asetik, dan mengandungi kebolehan membasmi kuman yang berkesan. Cecair karbon juga mempunyai kesan anti-kulat. Karbon juga dapat menyerap kandungan klorin di dalam air, menjadikan rambut semakin licin. Secara semulajadinya, Cecair Karbon merupakan bahan organik, tidak mengandungi bahan kimia dan berkebolehan bio-degradasi.

"Sungguh hebat!
Keputusan menakjubkan hanya dalam satu syampu!"

Sabun Karbon Aqura mendapat sambutan hangat di Pasaran Malaysia. Ia merupakan Sabun Tahan engantuk yang pertama di Malaysia, Aqura amat unik. Mencuci muka dan lengan dengan produk ini akan membantu anda berjaga selama berjamjam lamanya. Ia juga akan memberikan kesegaran yang berpanjangan. Sabun Karbon Aqura juga dapat memanfaatkan individu yang mengalami masalah kulit.

"Kesegaran Speanjang Hari. Tidak Gatal. Tidak Berbau."

Syampu Tudung Aqura dirumus khas untuk wanita pemakai tudung. Dengan Cecair Karbon sebagai bahan utama, Syampu Tudung Aqura adalah jawapan untuk masalah kulit kepala. Karbon mencegah pembiakan bakteria seterusnya menghilangkan kegatalan dan bau.

 Syampu Tudung Aqura ini juga telah mendapat pensijilan HALAL.

Jus e-Pitra



Jus buah e-Pitra merupakan jus minuman pelbagai buah dimana buah naga dan buah manggis menjadi ramuan utamanya dan merupakan produk 100% buatan Malaysia. Dengan taurine dan xanthone sebagai bahan aktif, e-Pitra sangat berkesan bukan sahaja sebagai antioksidan yang hebat, malah ianya juga sangat berkesan untuk meningkatkan tenaga badan. Selain dari khasiatnya yang hebat, e-Pitra merupakan jus buah yang sangat lazat dan menyeronokkan!

Buah Naga

Buah ini terkenal dengan nama PITAYA atau nama saintifiknya Hylocereus Undatus, tetapi di Malaysia ianya terkenal dengan panggilan ringkas Buah Naga. Berasal dari negara-negara Amerika Selatan, pokoknya tergolong sebagai spesis kaktus dimana ianya juga dinamakan sebagai Pemekar Malam kerana bunganya yang hanya mekar di waktu malam. Dengan taurine sebagai bahan aktif, buah naga terkenal juga sebagai penggalak tenaga ataupun ‘energy booster’ semulajadi. Terkenal juga dangan fungsi anti-oksida yang kuat, buah naga juga sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis kerana ianya berkebolehan untuk mengawal tahap gula dalam sistem tubuh manusia.


Kebaikan Buah Naga
  1. Energy Booster’ Semulajadi
    Dengan taurine sebagai bahan aktif, buah naga terkenal juga sebagai penggalak tenaga ataupun ‘energy booster’ semulajadi. Taurine adalah bahan aktif utama yang terkandung dalam minuman tenaga terkenal Red Bull.

  2. Kandungan Serat Yang Tinggi
    Seperti kebanyakkan buah-buahan yang lain, Buah Naga mangandungi kandungan faiber atau serat yang tinggi dengan hampir 1g serat untuk setiap hidangan 100g. Apabila anda mengambil pemakanan sihat yang kaya denagn serat seperti bijiran, sayur-sayuran, buah-buahan, anda akan mendapat semua serat yang diperlukan. Ini juga bermakna anda akan merendahkan risiko dari kencing manis, penyakit jantung, dan sembelit.

  3. Kolesterol Rendah
    Anda tidak perlu risau tentang kolesterol kerana buah naga adalah rendah kolesterol dan tidak mangandungi kolesterol tidak baik yang berkemampuan menghasilkan lemak.

  4. Kaya Dengan Vitamin C
    Buah Naga merupakan sumber vitamin C yang hebat dimana 50% dari keperluan vitamin C harian tubuh manusia boleh didapati darinya.

  5. Antioksida
    Buah Naga merupakan sumber antioksida semulajadi yang membantu untuk melindungi dari bahaya radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang tidak diingini.

  6. Lemak
    Buah Naga mengandungi sejumlah kecil lemak kerana jumlah bijiknya yang banyak. Seperti kebanyakkan bijik dan kekacang yan lain, ianya mengandungi lemak serta protin yang tinggi manakala isi buahnya pula 100% bebas dari protin dan lemak. Walaubagaimanapun, lemak yang terkandung dalam buah naga adalah lemak jenis ‘mono-unsaturated’ atau lemak tidak tepu. Oleh itu, ianya mampu diporoses dan tidak mendatangkan kesan buruk seperti lemak ‘trans-fat’ yang terdapat didalam kebanyakkan junk food dan makanan proses.

Buah Manggis

Buah manggis adalah sejenis buahan tropika yang turut dikenali sebagai Ratu Buah selain dari nama saintifiknya Garcinia Mangostana. Khasiat yang terkandung dalam buah ini ialah bahan aktif Xanthone, iaitu anti-oksida terbaik yang mampu memberikan kesan positif terhadap keseluruhan sistem tubuh badan, melindungi dari kerosakan radikal bebas. Xanthone merupakan anti-oksida yang terbaik pernah ditemui dan ujian makmal menunjukkan ianya mampu mengatasi vitamin E yang selama ini dianggap anti-oksida yang terbaik. Selain xanthone, buah manggis juga didapati mempunyai bahan biologi lain yang berfaedah untuk anti-bakteria, anti-tumor, dan anti-fungal yang cukup hebat. Daripada 200 jenis xanthone yang wujud, 40 darinya terkandung dalam buah manggis.

Xanthone – Anti-oksida Terbaik!

Xanthone ialah satu bahan kimia aktif yang boleh ditemui dalam kulit luar dan isi manggis. Secara kimia, xanthone merupakan polifenol. Struktur molekulnya yang sangat stabil membuat bentuknya kekal dan tidak termusnah apabila dipanaskan. Daripada lebih 200 jenis Xanthone yang diketahui, lebih 40 jenis boleh ditemui daripada manggis. Tiada tumbuhan lain yang diketahui mempunyai kandungan Xanthone setinggi manggis.
Xanthone juga mempunyai beberapa sifat anti-oksida yang sangat kuat. Dalam badan manusia terdapat satu proses berbahaya yang berlaku secara berterusan. Proses ini dipanggil pengoksidaan, proses yang serupa dengan proses karat yang menghakis besi. Namun begitu, pengoksidaan adalah proses yang tidak dapat kita elakkan kerana ia berlaku kerana keperluan tubuh untuk proses metabolisme. Proses pengoksidaaan juga seringkali dikenali sebagai proses penuaan.
Disinilah Xanthone boleh memainkan peranannya untuk melindungi kita. Bertindak sebagai anti – oksidan Xanthone, mampu melindungi kita dengan menyerap serangan daripada radikal bebas, dan dengan itu mengurangkan kerosakan sel. Xanthone merupakan bahan yang amat berkesan dan sangat mudah diadapati secara biologi dikalangan anti-oksidan . Ujian makmal yang telah dibuat turut menunjukkan xanthone manggis mampu mengatasi Vitamain E dalam kemampuan bahan anti-oksidannya, yang sebelum ini dikenali sebagai anti-oksida terbaik di dunia!

e-Pitra – Unik dan Bertenaga!

Air yang bersentuh dengan batu Ener-G Rafa sangat bagus untuk kesihatan anda. Batu Ener-G RAFA mengubah kesemua struktur molekul air dan boleh juga dilakukan untuk semua jenis cecair.

Air yang bertenaga berkemampuan untuk membawa nutiren bertenaga ke sel-sel dan secara efisien membuang toksik yang berlebihan dengan lengkap. Ianya mempunyai struktur yang sama dengan air yang diserap kedalam sel, dimana ini meningkatkan kemampuan membawa nutrien ke sel-sel serta membuang keluar toksik yang tidak diingini.

Cara proses yang unik telah membuatkan e-Pitra sebagai air bertenaga. Ini berlaku apabila jus buah e-Pitra disalurkan melalui beberapa lapisan batu Ener-G Rafa dalam proses pengilangannya, yang terbukti mampu untuk mempengaruhi struktur molekul cecair. Kesan proses ini adalah amat unik dan mengagumkan! Jus e-Pitra adalah minuman yang kaya dengan TENAGA!

Aqura Bath Soap & Facial Soap


Aqura Bath Soap 
100 g
RM30


Aqura Facial Soap
100 g
RM65

Sabun Aqura merupakan sabun karbon yang menakjubkan, ia mampu membersih kulit secara lembut, menghilangkan kegatalan dan bau dengan hanya satu mandian. Kelebihan ion negatif dengan sinar infra merah jauh memberi lebih kesegaran serta mengembalikan tenaga.
Sabun Karbon Aqura memberikan kebersihan yang ketara dengan satu sentuhan lembut. Diperbuat dengan menggunakan suhu dan haba yang amat tinggi, karbon merupakan bahan utama disebalik keberkesanan Aqura. Aqura sebenarnya mengembalikan tenaga semasa anda mandi! Kandungan akti-karbon di dalam sabun mandi mengeluarkan ion-ion negatif dan sinaran infra merah jauh. Inilah sebabnya anda akan mengalami keberkesanan Aqura, dan kesegaran yang berpanjangan. Sabun hitam semulajadi Sabun Mandi Aqura diperbuat dengan serbuk Akti-karbon halus, Nano Silver dan minyak kelapa sawit. Akti-karbon mengeluarkan ion-ion negatif dan sinaran infra merah jauh, mengekalkan kesegaran untuk tempoh yang lebih lama.

Anti-Bakteria dan Sterilisasi

Nano Silver ditambahkan ke dalam sabun Aqura untuk kesan anti-bakterianya. Apabila ia bertembung dengan bakteria, Nano Silver akan menghapuskan elektron dari permukaan organisma tersebut, menghalang bacteria dari berfungsi dan seterusnya membunuh bakteria tersebut. Sebahagian Nano Silver yang tertinggal di atas kulit dan di dalam rongga mengekalkan kesegaran anda untuk tempoh yang lebih lama. Nano Silver membersihkan kulit secara sempurna dengan menghapuskan kulit dan sel-sel yang telah mati. Ia juga mempamerkan keberkesannya untuk jerawat. Ion-ion negatif dan Sinaran Infra Merah Jauh.

Akti-karbon mengeluarkan Ion-ion negatif

Digelar “Vitamin udara”, Ion-ion negatif membantu hemoglobin di dalam darah untuk menggerakkan zat-zat dan menukarkannya kepada tenaga. Akti-karbon juga mengeluarkan sinaran Infra Merah Jauh yang telah terbukti oleh ahliahli Sains untuk mempertingkatkan tahap tumbesaran dan kesihatan sel-sel hidup. Sinaran Infra Merah Jauh mengeluarkan jutaan getaran ‘bio’ seminit, yang akan bertindak sebaik sahaja ia bersentuhan dengan kulit. Fungsi ini memperbaharui sel-sel kulit dan melindungi kulit dari kesan penuaan.

Apakah Cecair Karbon?

Cecair karbon merupakan bahan aktif di dalam Sabun Muka Aqura. Cecair karbon diperbuat terutamanya daripada asid pyroligeneous yang diketahui oleh pakar-pakar pelbagai bidang untuk kesan kesihatan dan kecantikannya yang positif, dan digunakan di dalam kehidupan seharian orang Jepun. Cecair karbon merupakan asid pyroligeneous yang asli. Ia mengandungi lebih dari 200 jenis bahan, termasuk asid asetik, methyl, acetone dan kandungan bahan kimia lain yang lebih kecil. Ia merupakan cecair yang asli dan semulajadi. Asid pyroligeneous mempunyai sejarah yang lama dan ia diketahui oleh kesan sterilisasinya. Ia telah digunakan selama berabad lamanya sebagai ejen sterilisasi, penghapus bau, dan juga dalam perubatan bagi masalah usus. Apabila ditambah kedalam air, kesan antiseptik, anti-bengkak dan anti-allergi bahan-bahan organik seperti asid asetik fenol akan mengecutkan saiz molekul air, mempercepatkan penyerapan ke dalam kulit dan menambahkan pengaliran tenaga, menjadikannya sempurna sebagai sabun muka.

Cara Penggunaan:

Hanya 2 minit untuk tahan mengantuk:

1. Basahkan muka dan lengan;
2. Gosok Sabun Aqura sehingga berbuih;
3. Sapukan buih sabun ke muka dan lengan dan biarkan selama 2 minit hingga buih tersebut meresap di kulit muka dan tangan; dan
4. Bilas muka dengan air.